Dec 23, 2011

kalau buat dosa boleh masuk neraka.



"Buat dosa, bertaubat sungguh-sungguh, usaha nak tinggal, tiba-tiba jatuh semula, buat dosa balik. Kemudian bertaubat sungguh-sungguh, usaha nak tinggal, tiba-tiba jatuh semula, buat dosa yang sama balik. Dan begitulah. Sehingga akhirnya rasa putus asa tiba. "Aku ini memang ditakdirkan untuk berdosa dan masuk neraka agaknya." Maka rasa untuk terus melakukan kejahatan tanpa nak bertaubat datang..."

Di sinilah saya mengajak diri saya dan anda berhenti. Walaupun kita akan berterus-terusan 'gagal', mengapa mesti berhenti berusaha? Kita tidak tahu sebenarnya takdir kita. Bukankah lebih indah, kita hidup dengan mempersembahkan kesungguhan kita kepada Allah SWT? Allah bukan zalim. Dia Maha Adil. Dia akan kira usaha kita. Kita dapat berubah, tak dapat berubah, dapat tinggalkan dosa, tak dapat tinggalkan dosa, itu nombor 100. Mari kita persembahkan yang terbaik kepada Allah SWT. Persembahkan bagaimana kita bersungguh berusaha, struggle, untuk cuci dosa kita, cari redhaNya. InsyaAllah, itu semua Allah kira. Jangan sesekali putus asa. Bersangka baiklah kepadaNya.

"Rasa berdosa dan nak bertaubat itu sahaja, sudah satu kepositifan sebenarnya. Ada orang, rasa dosa pun tak ada." (Hilal Asyraf, 2011)



******

ada ceramah aku dengar, kalau kita sentap/terasa bila dengar ceramah, contoh ;

ustaz kata jangan tinggal solat, yang mana kita seringkali tinggal solat, maknanya, bila kita terasa, kita masih ada iman lagi.

jangan putus asa kawan-kawan.
bersyukur dengan dua nikmat paling besar yang Allah bagi pada kita, nikmat Iman dan Islam.
Allah nak tengok usaha kita. Allah maha penyayang.
Allah, tuhan sekalian alam.

Angkat tangan kanan, pergi ke bahu kiri, tepuk tiga kali, sambil kata ;

'aku sayang dan cinta kau, Ya Allah'.


sama-samalah kita :)


.

Amacam? Berani tekan LIKE?

0 comments: